Lim Seong Hai Logo
Lim Seong Hai Capital Berhad

LSH Service Master Reaffirms Legal Right to Manage Kuala Lumpur Tower Concession

Press Release File170K
Download

Kuala Lumpur, Tuesday, 10 April 2025 – LSH Service Master Sdn. Bhd. (“LSHSM”) wishes to reaffirm its rightful position as the legally appointed concessionaire for the operation, management, and maintenance of Kuala Lumpur Tower, following a transparent and legitimate process carried out by the Government of Malaysia.

In response to ongoing legal challenges from Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (“MKLSB”) and Hydroshoppe Sdn. Bhd. (“Hydroshoppe”), we would like to address the latest baseless statement issued by MKLSB, in which they falsely assert a continued right to occupy the Kuala Lumpur Tower premises despite the clear expiry of their interim concession agreement on 31 March 2025. We wish to emphasise that this claim is not only without merit but also stands in direct contradiction to the recent judgement delivered by the High Court.

The High Court, on 8 April 2025, dismissed Hydroshoppe’s and MKLSB's application for an ad interim injunction to prevent the handover of the concession to LSHSM. The High Court decision affirmed that the concession award to LSHSM is valid, and the refusal to grant the injunction further supports the expiry of MKLSB’s rights under its previous concession. As a result of the court ruling, LSHSM is the rightful concessionaire for Kuala Lumpur Tower, effective from 1 April 2025, and is fully committed to upholding its responsibilities as part of the Government’s vision to continue its legacy as a world-class communications, tourism, and cultural landmark.

We strongly reject any claims made by MKLSB and Hydroshoppe suggesting that they retain a right to the concession. These claims are without merit and run contrary to the clear ruling of the High Court. Their actions are not only obstructing the handover process but are also demonstrating a blatant disrespect for the judicial process.

LSHSM has always acted within the law and in accordance with both the Government's directives and the recent High Court decision. Despite efforts to facilitate a smooth transition, MKLSB has obstructed the process with baseless claims. We are confident that the legal process will continue to uphold our rightful claim and compel MKLSB to vacate the premises. We urge MKLSB to cease these obstructive actions, respect the rule of law, and comply with the Government’s decision and the court’s ruling.

In line with our commitment to revitalise Kuala Lumpur Tower, LSHSM is investing RM70 million over the next five years under a phased asset enhancement plan. The plan will focus on enhancing visitor experience and safety, infrastructure and facility upgrades, as well as introducing cultural spaces and promoting environmental sustainability. Some of the upgrades include enhancement of the observation decks, refurbishing of the revolving restaurant, and developing the surround precinct into a vibrant hub for retail, dining, cultural and recreation activities.

LSHSM also wishes to update that approximately 95%, or 193 of the employees previously terminated by MKLSB following the expiry of their interim concession agreement, have accepted our employment offer under the “no less favourable” employment terms, as committed to the Government. These employees are assured of full pay starting from 1 April 2025, despite being denied access to their workplace in Kuala Lumpur Tower by MKLSB. LSHSM is arranging a work schedule for them, with shift work at LSH33 and work-from-home arrangements for the time being.

LSHSM remains steadfast in its commitment to the successful management and operation of Kuala Lumpur Tower and will not be deterred by these unfounded claims and unlawful actions, particularly following the recent favourable court ruling in our favour.

“We are confident in our legal standing as the rightful concessionaire for Kuala Lumpur Tower. The recent court decision clearly reaffirms that we are acting within the law and in accordance with the Government’s decision. Our priority remains to ensure a smooth and effective transition of Kuala Lumpur Tower’s management while maintaining its status as a world-class landmark. We urge all parties to respect the rule of law and the decision of the Government and the courts, and to focus on the positive contributions we can make for the future of Kuala Lumpur Tower.” remarked Khairil Faizal Othman, Chief Executive Officer of LSHSM.


***End of Press Release***


SIARAN AKHBAR

LSH SERVICE MASTER MENEGASKAN HAK SAH UNTUK MENGURUSKAN KONSESI MENARA KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, Selasa, 10 April 2025 – LSH Service Master Sdn. Bhd. (“LSHSM”) ingin menegaskan kedudukannya yang sah sebagai pemegang konsesi yang dilantik untuk operasi, pengurusan, dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur, setelah melalui proses yang telus dan sah yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia.

Sebagai tindak balas terhadap cabaran undang-undang yang sedang berlangsung daripada Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (“MKLSB”) dan Hydroshoppe Sdn. Bhd. (“Hydroshoppe”), kami ingin menjelaskan kenyataan tidak berasas terkini yang dikeluarkan oleh MKLSB, di mana mereka secara salah menegaskan hak mereka untuk terus mengendalikan premis Menara Kuala Lumpur walaupun tempoh perjanjian konsesi interim mereka telah tamat pada 31 Mac 2025. Kami ingin menegaskan bahawa tuntutan ini bukan sahaja tidak berasas tetapi juga bertentangan dengan keputusan terkini Mahkamah Tinggi.

Pada 8 April 2025, Mahkamah Tinggi telahmenolak permohonan Hydroshoppe dan MKLSB untuk perintah injunksi sementara bagi menghalang penyerahan konsesi kepada LSHSM. Keputusan Mahkamah Tinggi ini menegaskan bahawa penyerahan konsesi kepada LSHSM adalah sah, dan penolakan injunksi ini menyokong tamatnya hak MKLSB di bawah konsesi mereka yang lalu. Oleh itu, berdasarkan keputusan mahkamah, LSHSM adalah pemegang konsesi yang sah untuk Menara Kuala Lumpur, bermula pada 1 April 2025, dan kami sepenuhnya komited untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai sebahagian daripada visi Kerajaan untuk terus meneruskan legasi Menara Kuala Lumpur sebagai menara komunikasi, pelancongan, dan budaya bertaraf dunia.

Kami dengan tegas menolak segala tuntutan yang dibuat oleh MKLSB dan Hydroshoppe yang menyatakan mereka masih berhak ke atas konsesi ini. Tuntutan-tuntutan ini tidak berasas dan bertentangan dengan keputusan jelas Mahkamah Tinggi. Tindakan mereka bukan sahaja menghalang proses penyerahan tetapi juga menunjukkan ketidakpatuhan yang jelas terhadap proses kehakiman.

LSHSM sentiasa bertindak mengikut undang-undang dan mengikut arahan Kerajaan serta keputusan Mahkamah Tinggi yang terkini. Walaupun usaha untuk memudahkan peralihan yang lancar, MKLSB telah menghalang proses ini dengan tuntutan yang tidak berasas. Kami yakin bahawa proses undang-undang akan terus menegakkan hak kami dan memaksa MKLSB untuk mengosongkan premis tersebut. Kami menggesa MKLSB untuk menghentikan tindakan-tindakan menghalang ini, menghormati undang-undang dan mematuhi keputusan Kerajaan dan keputusan mahkamah.

Selaras dengan komitmen kami untuk menyerlahkan semula Menara Kuala Lumpur, LSHSM akan melabur RM70 juta dalam tempoh lima tahun akan datang di bawah rancangan naik taraf aset berperingkat. Rancangan ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan pengalaman dan keselamatan pengunjung, naik taraf infrastruktur dan kemudahan, serta memperkenalkan ruang budaya dan mempromosikan kelestarian alam sekitar. Antara projek naik taraf utama termasuk penambahbaikan dek pemerhatian, pengubahsuaian restoran berputar, dan pembangunan kawasan sekeliling menjadi pusat yang meriah untuk aktiviti runcit, makan, budaya dan rekreasi.

LSHSM juga ingin memaklumkan bahawa 95%, atau 193 daripada pekerja yang sebelum ini ditamatkan oleh MKLSB selepas tamatnya perjanjian konsesi sementara mereka, telah menerima tawaran pekerjaan kami di bawah terma pekerjaan "no less favourable", seperti yang telah dijanjikan kepada Kerajaan. Pekerja-pekerja ini dijamin gaji penuh bermula dari 1 April 2025, walaupun mereka dihalang daripada mengakses tempat kerja mereka di Menara Kuala Lumpur oleh MKLSB. LSHSM sedang menyusun jadual kerja untuk mereka, dengan kerja bergilir di LSH33 dan pengaturan kerja dari rumah buat sementara waktu.

LSHSM kekal teguh dalam komitmennya terhadap pengurusan dan operasi yang berjaya bagi Menara Kuala Lumpur dan tidak akan terpengaruh dengan tuntutan yang tidak berasas serta tindakan yang melanggar undang-undang, terutamanya setelah keputusan mahkamah yang positif berpihak kepada kami.

“Kami yakin dengan kedudukan sah kami sebagai pemegang konsesi yang sah untuk Menara Kuala Lumpur. Keputusan mahkamah yang terbaru dengan jelas mengesahkan bahawa kami bertindak mengikut undang-undang dan mengikut keputusan Kerajaan. Keutamaan kami adalah untuk memastikan peralihan pengurusan Menara Kuala Lumpur berjalan lancar dan berkesan, sambil mengekalkan statusnya sebagai menara bertaraf dunia. Kami menggesa semua pihak untuk menghormati undang-undang dan keputusan Kerajaan serta mahkamah, dan fokus pada sumbangan positif yang boleh kami berikan untuk masa depan Menara Kuala Lumpur,” kata Khairil Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LSHSM.


***Tamat Siaran Akhbar***